Sahabat, andai kau tahu hati ku :')
Alhamdulillah, Allah masih memberi diri ini sedikit ruang untuk terus merasai kehidupan yang serba indah dan sempurna yang di cipta oleh Maha Pencipta :)
Aku ini memang seorang pendosa tanpa noktah. Hina nya diri di baluti dosa setiap saat. Aku tidak layak menerima title "ustazah" apatah lagi "pendakwah" mahupun "solehah". Aku sering terfikir, apakah setiap apa yang aku lakukan ini betul. Saat aku lihat sahabat aku melakukan maksiat, kenapa aku tidak mampu untuk menegur? Saat aku lihat sahabat aku terus hanyut dengan dunia, kenapa aku tidak menyelamatkan mereka? Saat aku tahu, perbuatan sahabat aku itu salah, kenapa aku membiarkan mereka? KENAPA? KENAPA? KENAPA? Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran aku.
Namun, pada masa yang sama, aku cermin diri aku. Adakah aku cukup layak untuk menegur mereka? Adakah aku cukup kuat untuk selamatkan mereka? Adakan cukup banyak ilmu ku untuk menarik mereka? Aku terus termenung. Bagaimana ingin aku selamatkan sahabat aku, sedangkan aku sendiri begini? Allahuakbar. Hanya doa yang mampu aku kirimkan. Kadang kala, aku merasakan yang aku ini sahabat yang tidak berguna kerana membiarkan semua itu. Tapi aku tidak ada daya. Aku hanyalah hamba Allah yang sangat lemah dan sentiasa melakukan dosa setiap kali aku melangkah di bumi Allah ini. Maafkan aku sahabat kerana aku tidak mampu, aku lemah. Maafkan aku :')
*Sahabat, maafkan aku. Aku sangat lemah. Aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik. Semoga kau (sahabat) sentiasa di bawah lembayung kasih dan sayang Allah :')
yang benar,
No comments:
Post a Comment