Saturday, 26 December 2015

Pencipta aksara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


0
Dan itulah manusia, aku dan juga kau
Tanpa kita sedari, kita dulu 0 
Tak bernilai dan tidak mempunyai apa-apa
Namun makhluk yang bernama manusia ini seringkali bongkak dan ingkar pada yang 1

1
Siapa 1?
Dialah Maha Berkuasa
Maha Pencipta
Yang kekal abadi
Tiada permulaan dan juga pengakhiran
Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

Mata kasar kau melihat 0 dan juga 1 hanyalah aksara yang tidak banyak perbezaannya
Tapi sedarkah kau,
0 itu hina
0 itu hanya si peminjam yang papa kedana

si 0 sifatnya sukar di tafsirkan
Sifat bongkaknya adakala seperti melawan dengan yang 1
Dasar peminjam
Membuat onar pula
Saat berpijak di tanah sentiasa pandangannya ke langit 
tidakkah kau sedar
0 itulah kau si bongkak
hakikatnya, bongkak serta angkuh sama sekali tidak layak bagi kau?

Maha Pencipta, mencipta 0 dari tanah
dan 0  akan kembali kepada tanah satu hari nanti
tanah juga tempat 0 berpijak
tapi mengapa sifat si 0 seperti langit?







Tuesday, 22 December 2015

Rasa apakah ini?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hati berombak di kala menempuh hari-hari menghampiri final exam di sini. Fikiran ini terbang melayang. Jauhnya aku datang mencari ilmu. Membawa harapan ayah dan ibu. 

Aduhh, bunyinya amat berat. Segala kos pembelajaran aku di sini tak terkata nilainya. Aku gagahkan diri hari demi hari di sini. Hanya gambar mereka bekalan semangat untuk aku meneruskan langkah yang longlai ini.

Mencari sedikit inspirasi dengan melihat ciptaan Allah. Aku tidak boleh mengalah. Setiap yang Allah aturkan pasti ada seribu satu hikmah yang aku mesti akan jumpa, sama ada lambat atau cepat sahaja. 

Nurul Farhanah, cahaya riang gembira. Jadilah kau seorang sentiasa menggembirakan hati ibu dan ayah. Jadilah dikau seorang yang sentiasa gembira dalam apa jua keadaan. 
Jadilah dikau seorang yang kuat semangat walaubagaimana sekalipun halangan yang datang. 

Jangan pernah putus asa, kerana Allah sentiasa bersama. Dia Maha Pemurah. Kerana Dia sangat menyayangi hamba Nya. Ya, percayalah, Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. 



Monday, 21 December 2015

Cinta bertasbih di musim FINAL.........

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Meniti minggu study week yang mencabar, dengan membawa segala cinta ayah dan ibu titipkan buatku di UNIMAS sudah cukup membuat ku tersedar akan cinta itu bertasbih di setiap sudut rongga manusia. 


"Kakak ni doktor cinta, that's why member dia tak kira laa lelaki ke perempuan ke kalau ada masalah tentang cinta, mesti tanya dia pendapat," kata ibu. Aku bukanlah seorang yang expert mengenai cinta, tapi cukuplah kau tahu yang aku juga manusia yang mempunyai perasaan cinta. Dan ini sahajalah indikator yang ada sepanjang aku menjadi pendengar kepada masalah cinta. 

Cinta. Apa itu cinta?
Hanya Maha Pemilik Cinta sahaja yang tahu erti cinta sebenar. 
Bagi aku sendiri, seorang yang bercinta dan saling menyintai akan merasa bahagia. Setiap saat mereka berpijak di bumi Allah ini sentiasa tersenyum dek kerana kuasa cinta. 
Namun, jika di lihat dalam konteks gelora dunia remaja, cinta juga acap kali menjadi bahan derita dan sengsara bukan lagi bahagia.


Aku masih mencari jawapan untuk itu. Manusia terlalu kompleks untuk di terjemah. Tiada alat yang specific bagi mengukur perasaan dan tingkah laku mereka. Lalu aku percaya, setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Dan hanya Allah Maha Pemilik Cinta yang kekal abadi. Dengan yakinnya aku serahkan segala rasa dan perasaan ini hanya kepada Nya, moga aku juga menjumpai cinta yang membahagiakan dan tidak pernah sedikitpun membuat aku sedih serta gundah gulana. Moga di perkenankan.