Tuesday, 22 December 2015

Rasa apakah ini?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hati berombak di kala menempuh hari-hari menghampiri final exam di sini. Fikiran ini terbang melayang. Jauhnya aku datang mencari ilmu. Membawa harapan ayah dan ibu. 

Aduhh, bunyinya amat berat. Segala kos pembelajaran aku di sini tak terkata nilainya. Aku gagahkan diri hari demi hari di sini. Hanya gambar mereka bekalan semangat untuk aku meneruskan langkah yang longlai ini.

Mencari sedikit inspirasi dengan melihat ciptaan Allah. Aku tidak boleh mengalah. Setiap yang Allah aturkan pasti ada seribu satu hikmah yang aku mesti akan jumpa, sama ada lambat atau cepat sahaja. 

Nurul Farhanah, cahaya riang gembira. Jadilah kau seorang sentiasa menggembirakan hati ibu dan ayah. Jadilah dikau seorang yang sentiasa gembira dalam apa jua keadaan. 
Jadilah dikau seorang yang kuat semangat walaubagaimana sekalipun halangan yang datang. 

Jangan pernah putus asa, kerana Allah sentiasa bersama. Dia Maha Pemurah. Kerana Dia sangat menyayangi hamba Nya. Ya, percayalah, Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. 



No comments:

Post a Comment