Thursday, 28 November 2013

Doa Buat Mu ~

Ya Allah terima kasih atas segala yang Kau beri pada ku. Mungkin hidup ku tak seindah mereka di sana, namun aku bersyukur atas setiap nikmat yang Kau kurniakan sehingga hari ini, aku mampu untuk bernafas. Alhamdulillah ~





DOA BUAT MU 

Ya Allah, jagalah dia di kala penjagaanku tak sampai padanya, sayangi dia di kala rasa sayangku tak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata, perhatikan dia kala perhatianku tak terangkum untuk melihatnya kerana Kau punya segala apa yang ku tidak punya dan kerana aku ingin dia selalu ingat padaku dan bersamaku dunia dan akhirat. Aku juga berharap agar bertemunya di syurga Mu, aku amat menyayanginya. 
Amin :')







Wednesday, 13 November 2013

Coretan Buat Insan Bernama SAHABAT :')



Alhamdulillah Ya Allah, masih diri yang hina ini di beri peluang untuk merasai setiap nikmat


"Haha. Tetiba je orang rindu lala. Terasa sedih fikirkan yang masa kita bersama makin singkat. Owg akn rindu kenakalan kita dlm kelaz............" tetiba aku dapat text dari Ain. Pehh syahdu weyh ! 


Allahhu, form 6 ini banyak mengajar aku erti kehidupan & erti seorang sahabat. Saat aku merasa sangat jauh dari Mu mereka menarik ku. Saat aku rasa jatuh, mereka ada memberi semangat. Aku dan mereka ibarat satu tali yang tidak ada penghujungnya. Terima kasih Ya Allah kerana Kau aturkan suatu jalinan persahabatan yang sangat istimewa. Mereka umpama satu anugerah yang tak ternilai buat diri ku. Banyak kenangan yang kami ukir bersama. Ya Allah, biarkanlah kami terus bahagia. Kau kekalkan lah persahabatan ini. Amin. Wahai teman, sesungguhnya aku juga akan merindui kalian. Rindu kenakalan kita, rindu gegaduh manja dengan korang, rindu semua pasal kita weyh ! Mungkin tiada siapa yang dapat menggantikan kalian di hati ini.

 
First, THE MENGKAUNGS



Aku, Nawar dan Paien. Persahabatan kami memang telah di tentukan Allah. Kami sangat sehati sejiwa. Kalau seorang sakit, semua akan merasai. Paien dan Nawar sahabat  yang baik. Tidak pernah mengeluh untuk mendengar bebelan ku, tak pernah marah seandainya aku tersilap bicara. Mereka yang terbaik. Namun, masa menentukan segalanya. Kita hanya tinggal sisa waktu untuk bersama. Terima kasih paien, nawar kerana selalu ada untuk uwank. Terima kasih kerana memahami diri ini. Maafkan kesalahan uwank sepanjang persahabatan kita. Halalkan segalanya. Andai ku pergi dulu, sedekahkan al-fatihah buat diri ku. Jangan kau tangisi pemergian ku kerana kau akan membuat aku lebih terseksa. 






To my dearest Nawar, 
Nawar ingat tak nawar pernah dukung uwank. Time tu kat surau. haishh, terima kasih sebab tak pernah penat melayan karenah uwank. Kita gegila sesama. Study kat Mcd sampai pukul 1pagi, HAHA~ Ure the best kawan ! Uwank sayang nawar :') Semua memori kita bersama, uwank akan ingat sampai bebila. Nawar, terima kasih sebab jadi pendengar yang setia. Selalu pinjamkan telinga sampai tak tersanggup nak dengat cerita uwank. Terima kasih juga kerana sentiasa sabar dengan perangai uwank yang kekadang tak betul bukan kekadang, actly selalu ~ Terima kasih ~ :') Maafkan segala kesilapan dan halalkan segalanya sepanjang perkenalan kita yeaaa, Fi hifzillah my love ~





To my lovely Paien, 
Paien ingat tak paien pernah peluk uwank time tidur. Selimut kan uwank. Oh paien, how sweet you are ! terima kasih paien :) Setiap kali last text, paien mesti cakap "uwank sayang lala tauu" uwank harap paien akan selalu sayang uwank ~ Uwank pun sayang sangat kat paien. Paien jangan lupa uwank tauuuu ! janjii oke. paieeennnnnnnnnn ! haaa :) Maafkan uwank dan halalkan segalanya yeaa, Fi hifzillah sayangggsss ~





Secondly, GENG MOTORSIKAL XD

Cakap pasal geng motorsikal nii boleh juga aaaa di namakan geng yang duduk belakang. HAHA~ bab-2 nak bash orang, kami lee orangnyeee. Riuh weyh ! kongsi-2 bekal macam kenduri. Pukul 9 memasing dah kebuluran, teruk-2. yang akan join sekaki paien, nawar, qila mira. haishh, korangg ni memang comel weyh. Terima kasih kerana mencipta kenangan yang sweet di hati uwank. i gonna miss you all ~ pehh, pehhhh ! 





Pertama Fatiha Jaafar, *mesti aa member sebelah 
Teha woiii ~ 
jangan lupa uwank tauuu. kitaorang nii bersaka. HAHA~ nak-2 kalau pukul 9 mesti muka memasing macam  "KING KONG". selalu share makanan sesama, share masalah. Teha, nii suka kena kann uwank *bajet-2 baik pulak ~ means kitaorang suka kenakan antara satu sama lain. Bash-2 orang dalam kelas, ini laaa orang nyeee di support oleh aku aaa. HAHA~ student life. We must  enjoy every minute that we have :) Uwank sayang teha tauuuuu. Jangan lupakan uwank. Lepas nii dah takada bash-2, takada lagi kongsi-2 makanan, AYAM ~~~~ haishhhh, rindu weyh ! *peluk sikit, maafkan segala kesilapan dan halalkan semuanya selama diri ni bergelar sahabatmu, fi hifzillah sweet heart ~







Kedua Ain Amalina, *member sebelah punya depan XD
Aiiiiiiiinnnnnnnnnnn ! 
ain, jangan lee bagi text sesedih weyh, waa ni dah laa gengster air mata *bak kata paien. haishh, tak mahu laa. Sedih laa macam nii. Kita kawan sampai bebila oke. Terima kasih jadi member uwank yang cute XD HAHA~ ingat tak peristiwa excident weyh? HAHA~ ain aa punya pasal, *salahh kann :p takk-2. excident tu nak bagi uwank merasa naik kereta Mercedes. Seronok ! Dah takdir, kenangan juga namanyeee tu, heee :) maafkan uwank ea, halalkan segalanya sepanjang uwank nii bergelar sahabat mu. Fi hifzillah fruit heart ~



Thirdly, my DESPATCH GENG ~



Hantar surat khabar sesama. Korang also always make me smile. Wan, Salihin, Hazim, Dak Adik, Syasya, Qila Os, Mira yusuf ~ MEREKA, yes MEREKA ! Terima kasih atas segalanya :) 




 
6 ATAS SASTERA 1


Inilah mereka semua yang banyak mengukir kenangan manis dalam hidup ku. Walaupun hanya 1 tahun 5 bulan sahaja perkenalan kita, namun itu sangat bermakna buat diri ku. Aku hanya berharap kamu semua sentiasa di bawah lembayung kasih dan sayang Allah. Wahai sahabat, teruskanlah berjuang. Semoga kejayaan milik kita bersama. Maafkan andai ada terlanjur bicara, mengguris hati kalian. Halalkan segalanya andai ada terambil apa-2. Andai panjang umur, dapatlah berjumpa lagi. Semoga kalian berbahagia, sahabat ~


________________________________________








Dan tidak lupa juga pada Geng Douston, 13 girl (maya, apai, ieda, adah, ieja, kecik, ziera, ain, suhana, bieha, sue, qila and ME) *cukupkan 13, gengster sekolah! HAHA~ . Korang semua owesome weyh ! Terima kasih yeaa, maafkan dan halalkan selamanya geng. Ure always in my heart ! tak ketinggalan juga keba, khalid dan amar, geng-2 Gamma Ray ! Thanks for everything :) Fi hifzillah everybody ~ sehingga kita bertemu lagi yeaaaaaa, In Shaa Allah :)

*termasuk juga kepada rakan-2 yang mengenali diri ini. Terima kasih kerana kamu juga antara mereka yang pernah mengukir 1001 senyuman di wajahku ! Sekian, assalamualaikum :)


coretan dari hati kecil ini

Sunday, 8 September 2013

Kehidupan



Terima kasih Ya Allah, aku yakin sakit ini adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa ku. Alhamdulillah :)


Tak semua benda yang kita buat, orang lain akan faham kann. Same with our feelings. Tak semua orang faham apa yang kita rasa. Kita hidup kat dunia ni, Allah cipta segalanya berkongsi. Start dari kita buka mata, sehingga kita tutup mata. Insan yang bernama manusia yang Allah ciptakan juga tidak sempurna. Kita saling melengkapi antara satu sama lain. Semuanya kita ambil positif. Tak kira laa how hard this life. Setiap apa yang Allah bagi tu, pasti ada hikmahnya. Maybe hikmahnya kita nampak 10 tahun akan datang, tak pun Allah baginya di akhirat. Our aim di dunia ini hanyalah untuk masuk ke dalam syurga Allah. So tak salah kalau kita hari ini berkorban untuk lihat orang lain bahagia, berkorban untuk lihat orang lain senang dan berkorban untuk lihat orang lain tersenyum. Kerana, setiap apa yang kita lakukan, Allah akan memberi balasan yang setimpal dengannya. Aku juga manusia biasa yang mempunyai cita-cita untuk menjadi hamba Allah yang taat pada perintaNya. Walaupun aku tahu hinanya diri ini. I will try my best. 
Ya Allah, aku serahkan jiwa dan raga ku kepada Mu kerana aku tahu, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa terbaik buat diri ku. Dan seandainya aku bersedih Ya Allah, kuatkanlah aku. Seandainya aku gembira, janganlah kegembiraan aku itu membuat aku lupa kepada Mu. Amin :)





Tuesday, 27 August 2013

Sahabat, andai kau tahu hati ku :')



Alhamdulillah, Allah masih memberi diri ini sedikit ruang untuk terus merasai kehidupan yang serba indah dan sempurna yang di cipta oleh Maha Pencipta :)


Aku ini memang seorang pendosa tanpa noktah. Hina nya diri di baluti dosa setiap saat. Aku tidak layak menerima title "ustazah" apatah lagi "pendakwah" mahupun "solehah". Aku sering terfikir, apakah setiap apa yang aku lakukan ini betul. Saat aku lihat sahabat aku melakukan maksiat, kenapa aku tidak mampu untuk menegur? Saat aku lihat sahabat aku terus hanyut dengan dunia, kenapa aku tidak menyelamatkan mereka? Saat aku tahu, perbuatan sahabat aku itu salah, kenapa aku membiarkan mereka? KENAPA? KENAPA? KENAPA? Itulah persoalan yang sering bermain di fikiran aku.
Namun, pada masa yang sama, aku cermin diri aku. Adakah aku cukup layak untuk menegur mereka? Adakah aku cukup kuat untuk selamatkan mereka? Adakan cukup banyak ilmu ku untuk menarik mereka? Aku terus termenung. Bagaimana ingin aku selamatkan sahabat aku, sedangkan aku sendiri begini? Allahuakbar. Hanya doa yang mampu aku kirimkan. Kadang kala, aku merasakan yang aku ini sahabat yang tidak berguna kerana membiarkan semua itu. Tapi aku tidak ada daya. Aku hanyalah hamba Allah yang sangat lemah dan sentiasa melakukan dosa setiap kali aku melangkah di bumi Allah ini. Maafkan aku sahabat kerana aku tidak mampu, aku lemah. Maafkan aku :')

*Sahabat, maafkan aku. Aku sangat lemah. Aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik. Semoga kau (sahabat) sentiasa di bawah lembayung kasih dan sayang Allah :')




yang benar, 

Tuesday, 6 August 2013

Sayu hati ini



Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi peluang untuk aku masih tersenyum dan merasai warna-warni kehidupan ini  :')


Masih belum mempunyai kekuatan untuk wish Selamat Hari Raya :') Aku akan sentiasa merindui Ramadhan. Ya Allah, ampunkanlah aku. Terimalah ibadah aku, bantulah aku dalam aku ingin menjadi hamba Mu yang taat pada perintah Mu. Amin :') 


Thursday, 25 July 2013

Nuzul Quran

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah, now lets talk about Nuzul quran :)



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripadaSurah Al-Alaq.

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu;
Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)


2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia
Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”

Firman Allah SWT  dalam al-Qadr, ayat 1:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”


3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke ‘Baitul Izzah’di langit ke dunia pada malam ‘Lailatul Qadar’. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

RasululLah SAW bersabda: “Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun” (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah SAW.


AYAT PERTAMA DAN TERAKHIR

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


CARA-CARA AL-QURAN DIWAHYUKAN

Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah, meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah SAW, pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab, ”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang Ia datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”


Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:

1. Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya. Sebagai contohnya Nabi pernah bersabda mengatakan:  “Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku bahawa seseorang itu takkan mati sehingga dia menyempurnakan rezekinya yang telah ditetapkan oleh Allah“.  ( As-Syura: 51)

2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.

3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.
Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: ” Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa”.

4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : “Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha”

5. Malaikat mewahyukan kepada Nabi SAW dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj . Sesetengah ulamak berpendapat baginda SAW juga pernah berbicara secara langsung dengan Allah dan menerima wahyu seperti yang berlaku pada Nabi Musa.Perkara ini merupakan suatu khilaf di kalangan para ulamak.


TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN BERPERINGKAT
Tujuan Allah menurunkan secara beransur-ansur adalah bagi memenuhi objektif-objektif berikut :
·         Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat ‘Aisyah r.a.
Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih berkesan dan lebih berpengaruh di hati.


·         Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa Al Quran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah Al Furqaan ayat 32:
“……mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya sekaligus….?”
Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri:
“….Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..”.
.

FUNGSI AL-QURAN
Al-Quran mempunyai beberapa fungsi penting, diantaranya ialah:

1. Sebagai Mukjizat Nabi Muhammad SAW.
Al-Quran merupakan bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad SAW sendiri. Rasullulah SAW telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Didapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran menggubah bahasa-bahasa yang indah dalam ucapan dan sajak-sajak mereka. Al-Quran secara prisipnya telah mengemukakan cabaran kepada bangsa Arab menerusi tiga peringkat iaitu :
.
Peringkat pertama.
Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firmanNya.
Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (17 : 88)
.
Peringkat kedua.
Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran. Sebagaimana firmanNya:
“Bahkan mereka mengatakan “Muhammad telah membuat-buat Al-Quran.” Katakanlah: Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah” (11 : 13-14)
.
Peringkat ketiga.
Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja. Sebagaimana firmanNya:
Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya” (10 : 38)
Dan cabaran ini diulangi di dalam firmanNya:
Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal Al-Quran itu…” (2 : 23 )
.
.
2. Sebagai Sumber Hukum Dan Aturan Hidup.
Ayat-ayat Al-Quran mengandungi peraturan tentang hukum-hukum siyasah negara, sosial, pendidikan, pengadilan, akhlak dan sebagainya. Semua aturan dan hukum ini wajib dijadikan sebagai pandangan hidup bagi seluruh kaum muslimin dan umat manusia untuk mengatasi semua permasalahan hidup yang dihadapinya.
.
Sememangnya penyelesaian yang diberikan oleh syariat Islam adalah merupakan penyelesaian yang sebenar-benarnya kearan ia satu-satunya perundangan yang dapat memenuhi fitrah manusia itu sendiri. Kemampuan syariat Islam dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan kehidupan manusia inilah yang akan menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat abadi yang paling menonjol di muka bumi.
.
Wallahu A’alam Bissowab