Saturday, 26 December 2015

Pencipta aksara

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


0
Dan itulah manusia, aku dan juga kau
Tanpa kita sedari, kita dulu 0 
Tak bernilai dan tidak mempunyai apa-apa
Namun makhluk yang bernama manusia ini seringkali bongkak dan ingkar pada yang 1

1
Siapa 1?
Dialah Maha Berkuasa
Maha Pencipta
Yang kekal abadi
Tiada permulaan dan juga pengakhiran
Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

Mata kasar kau melihat 0 dan juga 1 hanyalah aksara yang tidak banyak perbezaannya
Tapi sedarkah kau,
0 itu hina
0 itu hanya si peminjam yang papa kedana

si 0 sifatnya sukar di tafsirkan
Sifat bongkaknya adakala seperti melawan dengan yang 1
Dasar peminjam
Membuat onar pula
Saat berpijak di tanah sentiasa pandangannya ke langit 
tidakkah kau sedar
0 itulah kau si bongkak
hakikatnya, bongkak serta angkuh sama sekali tidak layak bagi kau?

Maha Pencipta, mencipta 0 dari tanah
dan 0  akan kembali kepada tanah satu hari nanti
tanah juga tempat 0 berpijak
tapi mengapa sifat si 0 seperti langit?







Tuesday, 22 December 2015

Rasa apakah ini?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hati berombak di kala menempuh hari-hari menghampiri final exam di sini. Fikiran ini terbang melayang. Jauhnya aku datang mencari ilmu. Membawa harapan ayah dan ibu. 

Aduhh, bunyinya amat berat. Segala kos pembelajaran aku di sini tak terkata nilainya. Aku gagahkan diri hari demi hari di sini. Hanya gambar mereka bekalan semangat untuk aku meneruskan langkah yang longlai ini.

Mencari sedikit inspirasi dengan melihat ciptaan Allah. Aku tidak boleh mengalah. Setiap yang Allah aturkan pasti ada seribu satu hikmah yang aku mesti akan jumpa, sama ada lambat atau cepat sahaja. 

Nurul Farhanah, cahaya riang gembira. Jadilah kau seorang sentiasa menggembirakan hati ibu dan ayah. Jadilah dikau seorang yang sentiasa gembira dalam apa jua keadaan. 
Jadilah dikau seorang yang kuat semangat walaubagaimana sekalipun halangan yang datang. 

Jangan pernah putus asa, kerana Allah sentiasa bersama. Dia Maha Pemurah. Kerana Dia sangat menyayangi hamba Nya. Ya, percayalah, Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hamba Nya. 



Monday, 21 December 2015

Cinta bertasbih di musim FINAL.........

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Meniti minggu study week yang mencabar, dengan membawa segala cinta ayah dan ibu titipkan buatku di UNIMAS sudah cukup membuat ku tersedar akan cinta itu bertasbih di setiap sudut rongga manusia. 


"Kakak ni doktor cinta, that's why member dia tak kira laa lelaki ke perempuan ke kalau ada masalah tentang cinta, mesti tanya dia pendapat," kata ibu. Aku bukanlah seorang yang expert mengenai cinta, tapi cukuplah kau tahu yang aku juga manusia yang mempunyai perasaan cinta. Dan ini sahajalah indikator yang ada sepanjang aku menjadi pendengar kepada masalah cinta. 

Cinta. Apa itu cinta?
Hanya Maha Pemilik Cinta sahaja yang tahu erti cinta sebenar. 
Bagi aku sendiri, seorang yang bercinta dan saling menyintai akan merasa bahagia. Setiap saat mereka berpijak di bumi Allah ini sentiasa tersenyum dek kerana kuasa cinta. 
Namun, jika di lihat dalam konteks gelora dunia remaja, cinta juga acap kali menjadi bahan derita dan sengsara bukan lagi bahagia.


Aku masih mencari jawapan untuk itu. Manusia terlalu kompleks untuk di terjemah. Tiada alat yang specific bagi mengukur perasaan dan tingkah laku mereka. Lalu aku percaya, setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Dan hanya Allah Maha Pemilik Cinta yang kekal abadi. Dengan yakinnya aku serahkan segala rasa dan perasaan ini hanya kepada Nya, moga aku juga menjumpai cinta yang membahagiakan dan tidak pernah sedikitpun membuat aku sedih serta gundah gulana. Moga di perkenankan. 






Wednesday, 11 November 2015

Coretan ini buat SAHABAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Coretan ini ku titipkan buat sahabat yang paling ku sayang, 

Sahabat
Dalam aku merangkak mencari erti hidup dan Tuhan, 
kau datang menemani ku. 
Menghulurkan tangan tanpa kau rasa ragu. 
Setiap bait nasihat mu, 
ku simpan rapi di dalam hati sanubari.

Sahabat,
Sangat indah masa itu
Di kala ku sedih,
Aku ada dalam pelukkan mu
Menghadapi setiap detik hidup dengan kau di sisi
Ya, aku kuat.


Sahabat,
kini, masa berubah
kita terpisah jauh
masing-masing mencari warna hidup sendiri
Ya, kita terpisah jauh


Sahabat, 
Kerana kau aku mengenal erti hidup
kerana kau aku mengenal erti hidup bertuhan
kau memimpin ku di kala aku buta
gelap gelita hidupku
Lalu kita berhijrah
bersama-sama mencari kekuatan untuk istiqomah.



Sahabat,
Hari ini
Hati seakan sebak melihat dikau
Kau yang dahulu pembakar semangat untuk aku berubah
Kau yang dahulu menjadi tembok halangan bagi segala anasir buruk yang datang
Kau dahulu yang sering menyanyikan lagu nasihat
Kau yang dahulu menggembirakan hati saat aku berduka lara
Kau dahulu menjadi pendengar setia untuk celoteh bicara ini


Kau sudah berubah.
Kau tidak lagi kuat seperti dahulu
Kau bukan yang aku kenal
Ya, kau teramat lain


Sahabat,
Andai kau membaca coretan ini
coretan ini dari hati aku sendiri
mendambakan kau yang lama
kembalilah kepada Allah
Aku sentiasa menyayangi mu
Aku berjanji sentiasa ada untuk mu


Aku percaya jalan istiqomah itu sangat susah
Tapi
Ingatkah dikau kita mengharung semuanya bersama
SEMUANYA, 

 
Dambakan seorang kau yang lama yang sentiasa kuat dalam istiqomah. Aku berjanji sentiasa ada di sisi kau selama mana Allah izinkan itu. Aku RINDU kau yang lama. 



 



Aku, 

Thursday, 5 November 2015

Pemergian...................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Post kali ini khas buat arwah ayah sharif dan mak milah yang telah pergi bertemu kekasih hati, Allah. When I was a little kid, my parents sent me to the nursery. On that time, my mom work as a clerk and my father work as technician.

Bila ayah dan ibu pi kerja, aku akan dihantar ke rumah mak milah dan ayah sharif. Ayah Sharif selalu bawa aku pi jalan2, naik motor. Pi pasar malam. Uishhh, bahagia tak terkira bakhang. Lepastu, bila cuti sekolah ayah dan mak rindu, dia ambil aku kat rumah. Jejoget laa aku main2 kat rumah mak ayah. Sampai laa satu hari, aku darjah empat pada masa tu. Ibu cakap, “Kakak ayah sharif masuk hospital. Accident,”

Aku, “Oh, yeke? Teruk ke? Nanti kita pi tenguk dia tau,” Jadi petang tu, kami sekeluarga pi laa melawat ayah. Ayah senyum jea. Hahahahaaa. Gembira laa time tu. Nampak ayah kuat. Kuntuman senyuman dia, buatkan aku tahu dia akan sembuh. Doktor kata, ayah ada kecederaan kat bahagian backbone, jadi kena operate. Selang beberapa hari tu, ayah pun menjalankan operation. Alhamdulillah, selamat. Kami pun melawat ayah sharif lagi. Dia memegang belakang aku dan berpesan “Doakan ayah sihat. Nanti ayah bawa Nana jalan-jalan macam dulu tau,”


Namun, kisah tak terhenti sampai di situ.


Setiap pagi ibu akan mengejutkan aku untuk bersiap ke sekolah. Tapi hari itu lain, perkataan yg keluar dari mulut ibu lain. “Kakak, ayah sharif dah tak ada,” Kata-kata itu, membuatkan aku tersentak seketika. Aku membisu. Taktahu response yang sepatutnya. Selang beberapa minit, air mata mula membanjiri dan aku segera bersiap untuk ke rumah ayah sharif. Kedinginan pagi, menikam tulang. Mata menahan kesedihan yang bersarang di hati. Rumah itu di selubungi bacaan yasin dan tangisan. Saat itu, hanya Allah yang tahu. Kucupan terakhir buat insan tersayang, pengakhiran aku dan ayah Sharif. Sebak. Sangat sebak. 

Ya, dia bukan ayah kandung. Dia hanya penjaga aku. Tapi kasihnya dia kepada aku, masih dapat rasai. Ayah sharif, senyuman tidak pernah lekang di bibir. Menghiburkan hati seorang anak kecil yang terlalu manja. Sampai aku darjah 4, aku masih lagi duduk di atas pangkuannya melihat dia mengajar orang mengaji al-quran. Fuhhh, meleleh air mata menaip post ini. Ayah sharif, terima kasih jaga nana, dengan penuh kasih sayang. Haaaaaa. Rinduuuu tauuuuu.   Al Fatihah buat ayah Sharif.

"Doakan ayah sihat. Nanti ayah bawa Nana jalan-jalan macam dulu tau,”(Sharif,2004)


………………………………………………………………………………………………………………………


Sem dua, sebagai seorang pelajar UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK. Sejak pemergian ayah sharif, setiap kali cuti ibu dan ayah akan berpesan supaya menziarah  mak milah. Mak tidak lagi gagah seperti dulu. Sebelum aku terbang ke bumi Sarawak, mak masuk wad dan di syaki menghidap barah rahim. Tapi ibu cakap, mak sihat Alhamdulillah. Mak buat chemotherapy seperti yang di jadualkan. Aku gembira dapat tahu mak milah sihat. Dia juga di jaga oleh anak-anaknya. 

Setiap kali menziarahi mak, aku akan datang bersama kakngah, mesti kitaorang borak-borak dalam kereta, "Kakngah nanti kita bawa mak milah pi jalan-jalan. Naik kan dia kerusi roda, lepastu kita bawa laa dia pusing-pusing. Sedut udara segar. Kesiankan mak milah duduk dalam rumah je," 

Tetapi

Aku hanya hamba. Aturan Allah mengatasi segalanya. Satu malam, sedang aku asyik melayan telefon bimbit, aku mendapat panggilan dari abang Al which is anak mak. "Nana, balik tak? Mak dah tak ada Nana," Again. Allahuu. Sungguh cinta mereka sejati. Aku tahu, mak terlalu rindukan ayah. Menahan rindu yang teramat, lalu Allah mengambil mak. Mak, you know how much i miss you. ;'( 

Everytime,  jejak kan kaki di bumi Melaka mesti aku teringat yang mereka masih hidup. fuhh. Penangan kasih sayang. Al fatihah buat mak milah dan ayah sharif, moga di tempatkan di tempat orang-orang yang soleh. Aamiin. 




"Kerana setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Perpisahan itu memang menyakitkan. Namun jika takutkan perpisahan usahlah bertemu,"(Farhanah,2015) 










yang menaip,

(Anakmu)





Wednesday, 4 November 2015

Memandang dunia

 
 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Kadangkala jari ini tidak mampu menyusun kata, bibir kaku tanpa suara namun aku teringat pesanan sang murabbi "Berpenat-penatlah di dunia kerana hanya akhirat tempat kita beristirehat." Lalu aku titipkan tinta hati ini demi Illahi.

"Eeeee, makcik cleaner. Basuh toilet. Eeeee,"
"Orang kutip sampah tu busuk laa,"
"Posman je pun. Bukan siapa-siapa,"
"Anak-anak OKU, bukan ada perasaan pun,"

Perkataan yang sering diucap di mulut masyarakat. Masyarakat yang sering mengherdik. Masyarakat yang sering mengejek. Masyarakat yang selalu  menghukum tanpa sebab. Adakah ini layanan yang terbaik buat seseorang yang bergelar manusia? Andailah si cleaner selekeh itu ibu mu, bagaimana? Apakah pula andai si busuk pengutip sampah itu ayah mu, perasaan apa yang kau ada?  Begitu juga dengan si posmen yang kau anggap tiada apa di mata mu.

Komunikasi itu lambang cinta. Kerana cinta, aku menulis tinta ini. Kerana cinta, aku dan kau sama, MANUSIA. Kerana cinta Allah itu sentiasa ada. Kerana cinta, tercipta jualah aku dan juga kamu.

 Pandanglah dunia ini dengan penuh cinta. Cinta akan buatkan kau bahagia. Seluruh isi bumi ini tiada satu pun di ciptakan dengan sia-sia.

Jadilah kau manusia bahagia dan memandang dunia dengan penuh cinta.





Sincerly,


Wednesday, 23 September 2015

9 Zulhijjah 1436H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 


Dengan izin Nya, dapat lagi kita bertemu di post yang seterusnya. Al Fatihah buat saudara kita yang terlibat dalam kemalangan kren runtuh di Masjdil Haram. Tidak lupa juga buat saudara-saudara kita di Palestine, Syiria dan juga pelarian Rohingya. Semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk terus memperjuangkan nasib mereka.

Saat aku menaip post ini mungkin sahaja ada sedang meratap sepi pemergian insan tersayang dan mungkin sekali yang gembira menyambut Aidiladha yang bakal tiba esuk hari. Namun, sering kali hati ini terdetik untuk bertanya, apakah erti pengorbanan bagi kita? adakah lelah seorang bapa memberi sesuap nasi untuk puterinya itu pengorbanan? Atau mungkin, kasih si ibu yang tidak bertepi, itu pengorbanan? Ataupun kasih sayang yang di curahkan oleh sang kekasih yang saling lemas bercinta itu, di namakan pengorbanan? 

Sahabat-sahabat pembaca blog yang kasihi Allah sekalian, 
Sebuah pengorbanan itu besar nilainya. Ianya hanya mampu di balas oleh Allah. Ingatkah kita kisah Nabi Ibrahim a.s. saat bapanya ingin menyembelihnya, Nabi Ibrahim merelakan itu kerana Allah. Segala apa yang di lakukan kerana Allah pasti terasa kemanisannya. Buatlah sesuatu kerana Allah. Kerana di situlah letaknya keikhlasan. Dunia ini hanya sementara. Dunia tempat kita berpenat lelah melakukan amal kebajikan. Di akhirat jualah tempat menuai hasil.


Sahabat pembaca blog sekalian,
Segala apa yang kita ada sekarang, hanyalah pinjaman. Berubahlah ke arah kebaikan. Lakukan pengorbanan yang besar. Korbankanlah segala sifat mazmumah. Perjuangkanlah sifat mahmudah. Tinggalkan cinta sia-sia. Marilah kita bersama mencari cinta Allah. Cinta yang tidak pernah mengecewakan. Cinta Nya yang selalu bersama meski kau tidak pernah hiraukan Nya. Cinta yang kekal selamanya. Cinta yang sentiasa menenangkan hati. Moga kita bersama mengejar cinta Illahi yang tidak bertepi, InshaaAllah. 


Salam AidilAdha buat keluarga tercinta dan sahabat-sahabat. Moga kalian sentiasa lembayung kasih dan rahmat Allah. Moga suatu hari nanti, kita bakal menjadi tetamu di Allah untuk melaksanakan rukun islam yang kelima, inshaaAllah, Aamiin :)  







Sekian, 

Thursday, 17 September 2015

Ehh, Pelangi???


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Kenapa pelangi? Ada apa dengan pelangi? Kau suka pelangi? Apa istimewanya pelangi? Kenapa nama blog kau tintahatisipelangi? banyak nau pertanyaan. Hahahhaa. Meh aku terangkan. 

Sebenarnya aku seorang yang obses dengan pelangi. OBSES okay, bukan OBESiti. Baca elok sikit. Hahahaa. Hmm. Pelangi ni terjadi apabila apabila ada pembiasan cahaya. Bila hujan berhenti kita akan dapat lihat pelangi. So, aku suka laa pelangi. Kenapa pelangi, tak matahari? 

Sebab, sifat pelangi ni sangat indah. Pelangi mempunyai 7 warna. Bebudak kecil kan, kalau nampak pelangi, mesti telompat-lompat. Gembira punya pasal. Walaupun, kehadiran pelangi ini sekejap namun dia dapat gembirakan hati setiap mata yang memandang. Macam tu juga sebagai manusia. 

Setiap pertemuan itu, aturan Allah. Ada yang Allah bagi pinjam sekejap, ada yang lama. Tapi, tak kira laa, sekejap ke lama ke kita mesti tinggalkan kenangan yang terindah untuk mereka. Sebab apa? Sebab dunia ni pun sementara. Kita hanya pelakon di pentas dunia. Buatlaa kebaikan sebanyak mungkin, pada orang yang seramai mungkin. Mana tahu, esuk lusa kita pergi.  


"Farhanah, kalau orang baling kita dengan batu, kita mesti baling orang dengan roti"- pesan ustazah. Hati kena sado beb. Sebab Allah itu ada. Allah sentiasa bersama kita. Buatlaa kebaikan. Jangan pernah putus asa. Sebarkan kebaikan, jangan pernah mengalah. Teruskan dakwah, jangan pernah sedih. Kerana KESABARAN itu sangat manis rasanya. Waallahualam. 






SERONOK?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Fuhh, lama dah tak menaip. Bakat yang terpendam di rendam dan akhirnya mereput. Kah! Sedar tak sedar, setahun sudah aku di negeri orang. Anak perantauan katanya. Bermacam ragam manusia. Alhamdulillah, aku sangat seronok belajar di sini. Kawan-kawan sangat baik. Orang Sarawak memang peramah laa senang cerita. A lot story to tell. Banyak makanan baru aku cuba. Bahasa yang berlainan. Environment pun lain. Memacam laaa kannn. Jadi, kesimpulannya, aku seronok. Dengan hati yang seronok ini, aku akhiri penulisan ini. Okay, selamat malam gaiss ^.^