Wednesday, 23 September 2015

9 Zulhijjah 1436H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 


Dengan izin Nya, dapat lagi kita bertemu di post yang seterusnya. Al Fatihah buat saudara kita yang terlibat dalam kemalangan kren runtuh di Masjdil Haram. Tidak lupa juga buat saudara-saudara kita di Palestine, Syiria dan juga pelarian Rohingya. Semoga Allah memberi mereka kekuatan untuk terus memperjuangkan nasib mereka.

Saat aku menaip post ini mungkin sahaja ada sedang meratap sepi pemergian insan tersayang dan mungkin sekali yang gembira menyambut Aidiladha yang bakal tiba esuk hari. Namun, sering kali hati ini terdetik untuk bertanya, apakah erti pengorbanan bagi kita? adakah lelah seorang bapa memberi sesuap nasi untuk puterinya itu pengorbanan? Atau mungkin, kasih si ibu yang tidak bertepi, itu pengorbanan? Ataupun kasih sayang yang di curahkan oleh sang kekasih yang saling lemas bercinta itu, di namakan pengorbanan? 

Sahabat-sahabat pembaca blog yang kasihi Allah sekalian, 
Sebuah pengorbanan itu besar nilainya. Ianya hanya mampu di balas oleh Allah. Ingatkah kita kisah Nabi Ibrahim a.s. saat bapanya ingin menyembelihnya, Nabi Ibrahim merelakan itu kerana Allah. Segala apa yang di lakukan kerana Allah pasti terasa kemanisannya. Buatlah sesuatu kerana Allah. Kerana di situlah letaknya keikhlasan. Dunia ini hanya sementara. Dunia tempat kita berpenat lelah melakukan amal kebajikan. Di akhirat jualah tempat menuai hasil.


Sahabat pembaca blog sekalian,
Segala apa yang kita ada sekarang, hanyalah pinjaman. Berubahlah ke arah kebaikan. Lakukan pengorbanan yang besar. Korbankanlah segala sifat mazmumah. Perjuangkanlah sifat mahmudah. Tinggalkan cinta sia-sia. Marilah kita bersama mencari cinta Allah. Cinta yang tidak pernah mengecewakan. Cinta Nya yang selalu bersama meski kau tidak pernah hiraukan Nya. Cinta yang kekal selamanya. Cinta yang sentiasa menenangkan hati. Moga kita bersama mengejar cinta Illahi yang tidak bertepi, InshaaAllah. 


Salam AidilAdha buat keluarga tercinta dan sahabat-sahabat. Moga kalian sentiasa lembayung kasih dan rahmat Allah. Moga suatu hari nanti, kita bakal menjadi tetamu di Allah untuk melaksanakan rukun islam yang kelima, inshaaAllah, Aamiin :)  







Sekian, 

No comments:

Post a Comment