Coretan ini buat SAHABAT
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Coretan ini ku titipkan buat sahabat yang paling ku sayang,
Sahabat
Dalam aku merangkak mencari erti hidup dan Tuhan,
kau datang menemani ku.
Menghulurkan tangan tanpa kau rasa ragu.
Setiap bait nasihat mu,
ku simpan rapi di dalam hati sanubari.
Sahabat,
Sangat indah masa itu
Di kala ku sedih,
Aku ada dalam pelukkan mu
Menghadapi setiap detik hidup dengan kau di sisi
Ya, aku kuat.
Sahabat,
kini, masa berubah
kita terpisah jauh
masing-masing mencari warna hidup sendiri
Ya, kita terpisah jauh
Sahabat,
Kerana kau aku mengenal erti hidup
kerana kau aku mengenal erti hidup bertuhan
kau memimpin ku di kala aku buta
gelap gelita hidupku
Lalu kita berhijrah
bersama-sama mencari kekuatan untuk istiqomah.
Sahabat,
Hari ini
Hati seakan sebak melihat dikau
Kau yang dahulu pembakar semangat untuk aku berubah
Kau yang dahulu menjadi tembok halangan bagi segala anasir buruk yang datang
Kau dahulu yang sering menyanyikan lagu nasihat
Kau yang dahulu menggembirakan hati saat aku berduka lara
Kau dahulu menjadi pendengar setia untuk celoteh bicara ini
Kau sudah berubah.
Kau tidak lagi kuat seperti dahulu
Kau bukan yang aku kenal
Ya, kau teramat lain
Sahabat,
Andai kau membaca coretan ini
coretan ini dari hati aku sendiri
mendambakan kau yang lama
kembalilah kepada Allah
Aku sentiasa menyayangi mu
Aku berjanji sentiasa ada untuk mu
Aku percaya jalan istiqomah itu sangat susah
Tapi
Ingatkah dikau kita mengharung semuanya bersama
SEMUANYA,
Dambakan seorang kau yang lama yang sentiasa kuat dalam istiqomah. Aku berjanji sentiasa ada di sisi kau selama mana Allah izinkan itu. Aku RINDU kau yang lama.
Aku,
No comments:
Post a Comment