
Post kali ini khas buat arwah ayah sharif dan mak milah yang telah pergi
bertemu kekasih hati, Allah. When I was a little kid, my parents sent me to
the nursery. On that time, my mom work as a clerk and my father work as technician.
Bila ayah dan ibu pi kerja, aku akan dihantar ke rumah mak milah dan ayah sharif. Ayah Sharif selalu bawa aku pi jalan2, naik
motor. Pi pasar malam. Uishhh, bahagia tak terkira bakhang. Lepastu, bila cuti
sekolah ayah dan mak rindu, dia ambil aku kat rumah. Jejoget laa aku
main2 kat rumah mak ayah. Sampai laa satu hari, aku darjah empat pada masa tu.
Ibu cakap, “Kakak ayah sharif masuk hospital. Accident,”
Aku, “Oh, yeke? Teruk ke? Nanti
kita pi tenguk dia tau,” Jadi petang tu, kami sekeluarga pi laa melawat ayah.
Ayah senyum jea. Hahahahaaa. Gembira laa time tu. Nampak ayah kuat. Kuntuman
senyuman dia, buatkan aku tahu dia akan sembuh. Doktor kata, ayah ada
kecederaan kat bahagian backbone, jadi kena operate. Selang beberapa hari tu,
ayah pun menjalankan operation. Alhamdulillah, selamat. Kami pun melawat ayah
sharif lagi. Dia memegang belakang aku dan berpesan “Doakan ayah sihat. Nanti ayah
bawa Nana jalan-jalan macam dulu tau,”
Namun, kisah tak terhenti sampai di situ.
Setiap pagi ibu akan mengejutkan aku untuk bersiap ke sekolah. Tapi hari itu lain, perkataan yg keluar dari mulut ibu lain. “Kakak, ayah sharif dah tak ada,” Kata-kata itu, membuatkan aku tersentak seketika. Aku membisu. Taktahu response yang sepatutnya. Selang beberapa minit, air mata mula membanjiri dan aku segera bersiap untuk ke rumah ayah sharif. Kedinginan pagi, menikam tulang. Mata menahan kesedihan yang bersarang di hati. Rumah itu di selubungi bacaan yasin dan tangisan. Saat itu, hanya Allah yang tahu. Kucupan terakhir buat insan tersayang, pengakhiran aku dan ayah Sharif. Sebak. Sangat sebak.
Ya, dia bukan ayah kandung. Dia
hanya penjaga aku. Tapi kasihnya dia kepada aku, masih dapat rasai. Ayah
sharif, senyuman tidak pernah lekang di bibir. Menghiburkan hati seorang anak
kecil yang terlalu manja. Sampai aku darjah 4, aku masih lagi duduk di atas
pangkuannya melihat dia mengajar orang mengaji al-quran. Fuhhh, meleleh air
mata menaip post ini. Ayah sharif, terima kasih jaga nana, dengan penuh kasih
sayang. Haaaaaa. Rinduuuu tauuuuu. Al Fatihah buat ayah Sharif.
"Doakan ayah sihat. Nanti ayah bawa Nana jalan-jalan macam dulu tau,”(Sharif,2004)
"Doakan ayah sihat. Nanti ayah bawa Nana jalan-jalan macam dulu tau,”(Sharif,2004)
………………………………………………………………………………………………………………………
Sem dua, sebagai seorang pelajar UNIVERSITI MALAYSIA
SARAWAK. Sejak pemergian ayah sharif, setiap kali cuti ibu dan ayah akan
berpesan supaya menziarah mak milah. Mak tidak lagi gagah seperti dulu. Sebelum
aku terbang ke bumi Sarawak, mak masuk wad dan di syaki menghidap barah rahim.
Tapi ibu cakap, mak sihat Alhamdulillah. Mak buat chemotherapy seperti yang di
jadualkan. Aku gembira dapat tahu mak milah sihat. Dia juga di jaga oleh anak-anaknya.
Setiap kali menziarahi mak, aku akan datang bersama kakngah, mesti kitaorang borak-borak dalam kereta, "Kakngah nanti kita bawa mak milah pi jalan-jalan. Naik kan dia kerusi roda, lepastu kita bawa laa dia pusing-pusing. Sedut udara segar. Kesiankan mak milah duduk dalam rumah je,"
Tetapi
Aku hanya hamba. Aturan Allah mengatasi segalanya. Satu malam, sedang aku asyik melayan telefon bimbit, aku mendapat panggilan dari abang Al which is anak mak. "Nana, balik tak? Mak dah tak ada Nana," Again. Allahuu. Sungguh cinta mereka sejati. Aku tahu, mak terlalu rindukan ayah. Menahan rindu yang teramat, lalu Allah mengambil mak. Mak, you know how much i miss you. ;'(
Everytime, jejak kan kaki di bumi Melaka mesti aku teringat yang mereka masih hidup. fuhh. Penangan kasih sayang. Al fatihah buat mak milah dan ayah sharif, moga di tempatkan di tempat orang-orang yang soleh. Aamiin.
"Kerana setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan. Perpisahan itu memang menyakitkan. Namun jika takutkan perpisahan usahlah bertemu,"(Farhanah,2015)

(Anakmu)



No comments:
Post a Comment