Friday, 7 June 2013

Kematian Aimi Hamizah yang memberi 1001 pengajaran buat kaum hawa :')

Den ni dah macam Detective Conan memalam ni, mencari artikel mengenai kematian adik Aimi Hamizah. Hmm, kematian adik Aimi merupakan satu berita tergempar terutamanya kawasan ayer molek dan kawasan sewaktu dengannya. Seorang anak gadis yang baru berusia 14 tahun yang bersekolah di SMK Ayer Molek di percayai di bunuh. Namun setelah den membaca berita-berita secara online, kematian adik ini adalah berpunca daripada sesak nafas. Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik ini amat manja dengan keluarganya dan bersikap pelik ketika detik-detik terakhirnya di rumah. Cerita di bawah ini bukan rekaan, tetapi andai ada kesilapan, harap di maafkan.
Kronologinya cerita kematian adik ini ialah, Hari isnin *tak tahu laa berapa hari bulan, adik ini baru sahaja berbuka puasa dengan keluarganya di rumah. Selepas itu dia bersalaman dengan ayah dan ibunya untuk pergi ke kelas mengaji. Adik Aimi ini mencium ibunya berkali-kali sebelum pergi ke kelas mengaji. Inilah perkara pelik yang tidak pernah di lakukan oleh adik Aimi ini. Rupanya kelas mengaji pada hari itu di batalkan. Adik Aimi ini pun berjumpa dengan kawan lelakinya yang berusia 17 tahun. Budak lelaki ini sama sekolah dengan dia. Dia berjumpa di Solok Gaung berdekatan dengan tempat pembuangan sampah dengan menaiki motorsikal RXZ milik budak lelaki ini bersama. Ketika mereka sedang berjumpa, dengan secara tiba-tiba adik Aimi ini sesak nafas. Menurut kawan lelakinya, dia cuba memberi bantuan pernafasan kepada Aimi, namun gagal. Dan di sebabkan terlalu takut, dia meninggalkan adik Aimi itu keseorangan dan mengambil beg dan telefon bimbit mangsa dan di letakkan di dalam surau yang berdekatan. Ayah serta ahli keluarga adik Aimi ini sangat risau kerana kebiasaannya, pukul 9 Aimi sudah balik dari ke kelas mengajinya. Namun pada hari itu, sehingga pukul 10, adik Aimi ini masih belum pulang. Oleh itu, usaha mencari dilakukan oleh keluarga Aimi ini. Namun, tidak berjumpa termasuk juga bertanya kawan lelaki Aimi. Kawan lelakinya hanya menjawab "tidak tahu". Selepas usaha mencari oleh keluarganya gagal, ayahnya membuat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua. Hari Rabu dua hari selapas kehilangan Aimi, mayat Aimi ini di jumpai oleh sekumpulan budak-budak yang baru lepas bermain bola. Yang paling memilukan, mayatnya telah busuk. Allahurabbi~ Keluarganya amat sedih dan pilu. Kawan lelaki Aimi di tahan reman bagi membantu siasatan. THE END .



MORAL OF THE STORY,

teman-teman yang di rahmati Allah, wahai kaum hawa, ingatlah. Sesungguhnya ajal dan maut itu tak akan lambat sesaat dan tidak cepat sesaat. Sedihkan bila kita baca cerita adik Aimi ini. Oleh itu, di sini izinkan hamba yang hina ini memberi sedikit peringatan bagi kaum hawa:

  1. Janganlah keluar dengan orang yang bukan mahram sebelum kita menikahinya kerana kita tak tahu bila ajal kita dan andai kita mati seperti mana cerita di atas, Allahurabbi~
  2. Sentiasa membaca doa ketika hendak keluar rumah agar Allah selalu menjaga kita.
  3. Jangan percaya pada mana-mana lelaki kecuali ayah kita.
  4. Jadikan cerita ini 1 pengajaran buat kita semua. 
  5. Berdoalah walau dimana pun anda berada. :)


Bagi kaum Adam pula :

  1. Please be seorang yang sangat bertanggungjawab. See the story above lelaki tu langsung tak bertanggungjawab. Tak kesian ke tenguk Aimi tu, 2 hari baru jumpaa. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa Aimi dan semoga dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, Amin~
  2. Mengaku salah, dah pandai bawa anak gadis orang so pandailaah mengaku salah jika ada apa-apa terjadi pada si dia.


LASTLY:

  • Hindarkanlah couple
  • Percayalah pada jodoh Allah
  • Jadilah hamba Allah yang terbaik,
  • Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Aimi Hamizah, Al-Fatihah ~


That' all, thanks

No comments:

Post a Comment