Tuesday, 23 July 2013

Malam 15 Ramadhan :')



Alhamdulillah, Ya Allah kerana diri ini masih menjadi pilihan Mu untuk terus sujud kepada Mu :')


 Malam ke-15 Ramadhan, Allah haii. Bulan yang sangat indah ~ Sayu hati ini Ya Allah, sekejapnyaaa ~ Ya Allah, di saat aku sujud, aku rasa tidak sanggup untuk berpisah dengan Ramadhan ini, Allahuakbar ~ terima kasih Ya Allah kerana aku insan yang terpilih untuk merasakan kehadiran Ramadhan. Perpisahan dengan Ramadhan tak mampu ku ungkap dengan kata-kata. Ya Allah, jemputlah aku untuk menjadi tetamu Mu pada malam Lailatuqadar. Ya Allah, besar hajat ku untuk bersama-sama sujud kepada Mu pada malam yang begitu indah itu. Ya Allah, kuatkanlah hati ku, peliharalah mereka yang ku sayangi dari api neraka Mu, Ya Allah. Ya Allah, terimalah amalan ku, ampunkanlah dosa ku. Andai ini Ramadhan yang terakhir buat ku Ya Allah, semoga ini juga menjadi Ramadhan yang terbaik untuk ku. Berkatilah usaha ku Ya Allah, semoga aku dan mereka yang lain sentiasa di bawah kasih dan sayang Mu :') Amin ~




No comments:

Post a Comment