Friday, 5 February 2016

2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah LagiMaha Mengasihani

Entri yang pertama aku untuk tahun 2016. Alhamdulillah, dengan segala rasa, hari ini aku menaip lagi untuk sekian kalinya. So ceritanya aku dah mengembara di negeri orang dah masuk sem yang ke 3. Suasana yang berlainan plus peratusan muslim yang sedikit. Senario yang sangat lain bagi aku yang sudah terbiasa bernafas sebagai bangsa majoriti. Hebat kuasa Maha Esa. Saat aku ditakdirkan belajar di situ, hati aku terasa sangat teruja. MasyaAllah, aku akhirnya ke sini, tempat yang tidak pernah singgah di kotak pemikiran aku. Bumi Kenyalang, tempat lahir pahlawan terkenal, Rentap dan Kanang.

.
.
.

Keterujaan aku tidak berakhir sampai di situ sahaja. Suasana dan cara kehidupan mereka menerjah mata hati, satu demi satu. Aku menilai satu per satu yang datang. Dan satu perkara yang sangat terkesan dalam hati ini ialah bagaimana kita MENGHARGAI ISLAM?.
Persoalan yang sentiasa ada di dalam benak fikiran aku ialah what is a purpose of life? surely, the answer is to worship the Almighty. Perkongsian aku kali ini mungkin dapat menyentuh hati sang pembaca, inshaaAllah.

.
.
.
.


Aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di Sarawak. Orang sekeliling yang mengetahui khabar gembira ini, ramai mengucap tahniah tak kurang pula yang berkata"dapat kos lelong jeee study sana," Hahahaaa. Semua itu ku telan kerana apa? Kerana ayah dan ibu masih di sisi. Merekalah support system aku yang paling agung dan anugerah dari syurga yang sangat sangat sangat penting bagi aku. Okay, then bermulalah hari-hari aku sebagai pelajar degree di situ. Semester pertama aku menjejakkan kaki di bumi kenyalang ini, aku trying hard to adapt kelainan yang ada di sini. Mereka sangat diverse dan unik. Dan alhamdulillah, perjalanan hidup aku smooth tanpa sebarang masalah. Dan Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dengan cepat walaupun pada awalnya homesick yang sangat teruk, masyaAllah. Hahahaa, tak perlu kut aku bagi tahu bagaimana keadaan aku homesick. Maklumlah, dulu boarding school pun dalam negeri yang sama. Hahahaaa. 

.
.
.
.
Namun, aturan Allah. Hidup ini penuh dengan warna. Ketika aku di semester 2, di takdirkan Allah aku berkenalan dengan seorang native dari Sabah, lelaki dan beragama kristian. Jengjengjengggggggg, kau ingat ni drama, langgar buku then jatuh cinta. Hahahaha. tidak semudah tu brother dan sister sekalian. Biar aku namakan di MR J. So, perkenalan kami bermula apabila aku dan dia satu kelas untuk kos koQ. Dan dengan takdir Allah juga dia Naib Setiausha dan aku Setiusaha. Hahahahaa. Kebetulan weii, kebetulan okaaayyy. Aku dengan dia ni memang tak kenal langsung, apatah lagi bertegur sebab bila kelas koQ, aku akan duduk dengan bestfriends aku, ummi. Ceritanya bermula bila kami di tugaskan membuat kertas kerja bersama dan proses self- disclosure terjadi. Jadi aku cerita serba ringkas laa pasal MR J ni. Dia ni sebaya dengan aku. Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. Dia beragama kristian dan mempunyai pangkat di gereja yang berdekatan dengan U kami. Seorang penghafal kitab Bible *kiranya dari A-Z semua dia tahu. Ibu dia juga seorang Kristian yang sangat berpengaruh di Borneo. That's all. Pada suatu hari, lepas habis kelas tetiba MR J ni bagi aku satu potret yang dia lukis dan potret tu semestinya muka aku laa kan. Start dari di situ kami selalu laa whatsapps (ws). Memula tu tanya pasal kertas kerja, lama kelamaan bertanya tentang hati dan perasaan. cehhh, ayat aku tak boleh blah. Satu malam tu, he make a confession.

MR J : "Sebenarnya, saya suka pada awak. Inilah first time saya suka perempuan muslim.
Saya tahu benda ni salah, tapi saya tak faham kenapa Tuhan bagi saya perasaan ini. Setiap malam saya fikirkan, nak pecah hati saya."

Aku : ............


Aku speechless. Dan bermula dari cofession itu, hampir setiap malam kami berbual tentang agama. Dia cerita pasal agama dia, dan aku semestinya menceritakan keindahan islam, agama yang aku anuti. Banyak soalan dia yang tak mampu aku jawab. Betapa ceteknya ilmu aku. Kerana apa? islam yang aku praktikan kerana keturunan dan aku hanya mengikut apa yang telah diajarkan seperti orang lain. 

Soalan maut MR J

1) Kamu kata Tuhan kamu baik, kalau Dia baik kenapa Dia menjadikan saya Kristian yang akan masuk neraka, dan kamu islam yang akan ke syurga? 

2) Nama Nabi Muhammad tidak ada dalam bible, jadi perlu ke saya percaya kewujudan Nabi Muhammad dan ajaran yang di sampaikan oleh dia?

3) Kamu kata, kamu beriman kepada Jesus(Nabi Isa), jadi kenapa kamu tidak boleh mengucapkan Merry Christmas kepada kami?

4) Kenapa Tuhan menjadikan neraka kalau Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya? Adakah Tuhan tidak sayang pada kita?


Haaaa, soalan-soalan yang killer bagi aku. MasyaAllah, moga Allah ampunkan dosa aku yang selama ini tidak mencari dan menghargai nikmat Islam yang Dia kurniakan. Kita terlalu alpa dan bersenang-lenang dengan nikmat dunia yang sementara sehinggakan kita lupa satu tanggungjawab kita yang besar iaitu berdakwah. Betapa ramainya orang-orang bukan islam yang struggle mencari ketenangan hati yang hakiki, tapi sebagai umat Nabi Muhammad yang kita rasa hebat, paling istimewa, kita terus lena dan buta serta pekak dalam menilai agama sendiri. Kita sering telagah, meng-syiah dan meng-wahabikan orang lain. Walhal tidak sedar, menyalahkan tidak akan dapat membetulkan. Sedang kita cuba tunjukkan pada dunia, ya ummat Nabi Muhammad ini hebat, kita terlepas pandang akan akhlak kita yang tidak pernah mencerminkan akhlak Rasulullah, kekasih Allah. Ketika kita cuba mengejar ilmu dunia, mencari kekayaan mendongak ke langit sampai kita lupa saat-saat yang paling tenang ialah ketika dahi kita mencium sejadah. 




Perkenalan aku dan dia, membuatkan aku malu lalu mengorak langkah mencari keindahan islam yang selama ini aku dengar. Aku tekad untuk berdakwah, menyuluh dia jalan yang benar dan di redhai Allah. Aku mula mendownload video-video ceramah dari Dr Zakir Naik dan mendengar ceramah dari Ustaz Ebit Lew. Allahu, islam itu sangat indah. Sebelum bermulanya cuti sem bagi semester ke 2, aku titipkan dia sebuah buku Dr Farhan Hadi bertajuk Tuhan Lebih Sainstifik dan juga beberapa video dari Dr Zakir Naik dan Ustaz Ebit Lew. Cerita aku dan dia berakhir selepas dia pulang ke kampung halaman. Kami tidak lagi 
menghubungi satu sama lain sehingga sekarang. Moga Allah beri dia hidayah untuk menjadi sebahagian dari kita semua, Amin.



وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” 
(Q.S. Ali Imran [3]: 104)


.
.
.
.


Sekarang aku sedang menikmati cuti semester 3 di rumah dan tidak lama lagi semester 4 akan bermula. Moga Allah ampunkan dosa kita semua dan sentiasa dalam lembayung kasih sayang Allah, InshaaAllah. 
xoxo




No comments:

Post a Comment