Wednesday, 23 March 2016

Dia yg pernah dihati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

SubhanaAllah, cantiknya langit. Tenang hati melihat awan yg berarak patuh mengikut arah angin. Ke mana angin menolaknya, di situ laa dia berarak. Hati ini terdetik, apakah tanda setia? adakah apabila awan itu mengikut tolakan angin ke mana sahaja itu setia? Atau mungkin si awan, bahagia bersama angin yg  tidak pernah jemu menghembus nafas agar si awan dapat berarak girang. Hidup mengajar kita erti untuk terus dewasa. Menilai yg mana kaca dan permata.


"Boleh ke awak jadi kawan saya selamanya?"

"For sure, yes. As long as Allah let me to do so,"

Tidak ada yang lebih sedih daripada perpisahan. Yup, true. In fact, setiap orang pasti akan pergi satu hari nanti. Doesn't matter how hard you make a promise. Itulah sunnatullah. Pelbagai kenangan kita ukir bersama. Satu per satu, manusia yang pernah singgah di hati. Persinggahan yang diharapkan memberi cahaya baru buat kalian. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kenangan hidup ini. Aku yakin, semua ini pinjaman dari Allah buat aku. Dan pinjaman itu akan pulang kepada Maha Pemilik satu hari nanti. 


Kehilangan mengajar kita erti rindu. Saat rindu mengetuk pintu hati, terbayang segala memori bersama. Usah di tangisi pemergian kerana hanya dengan pemergian mengajar kita erti menghargai. 


Akhir sekali, setiap pertemuan itu, pasti ada perpisahan. Seandainya tidak mahu berpisah, janganlah kita bertemu. Sekian, terima kasih buat dia yang yang pernah dihati. 
xoxo




*satu benda yang kita perlu akur tentang kehidupan, kadangkala kita hanya di takdirkan untuk menjadi sebahagian dari kenangan dan tidak pula memilikinya. 


No comments:

Post a Comment