Wednesday, 6 April 2016

Dean list?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


“Aku sedihlah. Aku belajar hard gile kut. Tak pernah dapat dekan macam orang lain,”


Student dan exam berpisah tiada. Semua orang berlumba-lumba untuk mendapatkan result yang terbaik. Tidak kurang pula yang ingin mendapatkan keputusan dekan setiap semester.


"Kakak, ibu ayah tak pernah pun harap kakak dapat 4flat atau dekan macam orang lain. Cukuplah jadi hamba Allah yang sentiasa taat pada Nya dan jadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah,"


Aku termangu seketika.
Kata-kata ini, membuatkan aku tersedar. Sebenarnya, ada benda yang lagi penting dari kejar pointer. Hati yang sakit adalah hati yang sentiasa mengejar dunia. Mulai saat itu, aku tanamkan deep in my heart, belajarlah kerana Allah bukan kerana pointer. 


Kau tau, mula-mula aku masuk ke UNIMAS aku sangat sedih. The main reasons is aku jauh dengan family. Support system yang sangat kuat bagi aku. Tempat yang sangat tenang saat aku bersama. Hati aku sering bertanya, apakah hikmah semua ini. Aku ditakdirkan jauh dari keluarga. Segala suasana serba serbi lain. Negeri yang tidak pernah singgah dalam kotak pemikiran. Akhirnya, aku jumpa hikmahnya. 



Ya, aku jauh dari family. Tapi saat kejauhan ini aku mengenal erti rindu dan kasih sayang
Ya, aku sedih. Tapi kesedihan ini mengajar aku berdikari


Ada apa dengan pointer? Soalan ini selalu aku tanyakan pada diri saat aku frust dengan result. Sabar banyak-banyak. Kau rasa usaha kau layak untuk kau dapatkan result yang bagus, tapi bagi Allah tak. Apa yang kau nak, kadangkala tidak baik untuk kau. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya. Dia tak bagi, bukan sebab Dia tak sayang, cuma Dia nak kau belajar SABAR. 


Percayalah, rezeki Allah itu luas. Tugas sebagai hamba hanyalah berusaha dan berdoa. Let Allah decide everything. Mohon pupuk hati, supaya redha dengan segala ketentuan. Kau tahu apa maksud REDHA? Redha itu apabila hati kau tidak mempersoalkan ketentuan dan menerimanya dengan tenang. 




وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim : ayat 7)







Kita bersedih saat hujan lebat membasahi bumi namun  sebenarnya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. That's it. xoxo





No comments:

Post a Comment