Sunday, 7 May 2017

Sendu 2017

 
 
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
 
Perpisahan itu amat menyedihkan dan hanya kematian perpisahan yang nyata (selama-lamanya).
 

       Aku mulakan post 2017 ini dengan perasaan sendu menyelimut hati yang semakin sayu dek kerana perpisahan akan menyapa tidak lama lagi. Masa pantas berlalu tanpa kita sedar lakaran perjalanan bersama sudah hampir ke penghujung garisan.  Rasa macam baru semalam, beg baju itu ku sorong untuk mendaftar *cliche*

     Jutaan terima kasih ku ucapkan kepada semua pensyarah-pensyarah yang memberikan ilmu kepada saya. halalkan segala ilmu yang diberikan, saya mohon maaf atas segala ketelanjuran bahasa dan sikap sepanjang menjadi anak murid mu. Terima kasih atas segala kasih sayang yang diberikan kadangkala membuatkan saya lupa akan rumah *sejenis homesick tak boleh bawa bincang*May Allah bless us and ease everything is our life.

    Sahabat-sahabat yang sentiasa menyinari hari-hari ku di UNIMAS, aku juga memohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran aku bertutur kata dan sikap sepanjang perkenalan kita. Halalkan segalanya yang telah kalian berikan kepada aku. Aku mendoakan kalian berjaya dunia dan akhirat.


    Ya! aku akan merindui kalian dan sentiasa merindui negeri bertuah ini. Biarlah jarak dan masa memisahkan kita, bukan pula hati. Aku rela merindui kalian walau jasad tidak bersama, tapi memori ini ku simpan rapi di sudut hati. Kenangan ini akan ku dendangkan kepada zuriat keturunan ku nanti, agar mereka juga tahu betapa beruntungnya aku mengenali kalian. Selamat maju jaya, sahabat. Doa aku mengiringi mu.




Salam sayang, 

Aku!

No comments:

Post a Comment